Pelakon & penyanyi Aman Shah meningg*l dunia akibat serangan jantung

Pelakon & penyanyi Aman Shah meningg*l dunia akibat serangan jantung
Hari ini, negara dikejutkan dengan khabar menyedihkan di mana seorang lagi penggiat industri seni hiburan tempatan dilaporkan pergi menghadap ilahi buat selama-lamanya.
Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Aman Shah meningg*l dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Berita duka ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave sebentar tadi. Bahkan, terdapat pengguna dikenali Huzz Aini turut berkongsi khabar tersebut menerusi hantarannya di laman Facebook.
“Al-fatihah. Salam takziah. Dapat khabar mengejutkan daripada pelakon Anne Abdullah. Penyanyi dan pelakon Aman Shah sudah meningg*l dunia setelah kritikan di Institut Jantung Negara pagi tadi,”tulisnya.
Sekadar info, Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah bin Abu Kassim,68, terkenal dengan lagu berjudul Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan ketika tibanya musim perayaan Aidilfitri serta lagu Adikku Pandai Menari.
Malah, pelakon kelahiran Johor Bahru ini juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Darah Satria dan Aku Buka Gila.
sumber dan rujukan
VIA OMM