Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin meningg*l dunia akibat jangkitan kuman

0

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin meningg*l dunia akibat jangkitan kuman

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin yang berusia 76 tahun disahkan meningg*l dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada jam 4.30 di di Hospital Shah Alam (HSA), petang tadi.

Menurut laporan Berita Harian, khabar sedih itu dimaklumkan sendiri oleh anak perempuannya, Aqeela, dimana bapanya yang ditidurkan sejak akhir bulan lalu telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga.

“Abah saya, Hisham Ahmad Tajudin kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, abah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Ia kemudian merebak ke organ lain sehingga tidak berfungsi.

“Abah dikhabarkan teruk sejak malam tadi, di mana hospital hubungi saya memberitahu abah sudah tenat. Jadi, kami sekeluarga, berada di sisi Abah sejak malam tadi sehingga Asar. Abah meningg*l di hadapan saya, suami saya dan ibu,” katanya.

Difahamkan, pihak hospital masih menguruskan jenazah bapanya dan disebabkan itulah dia tidak dapat mendedahkan maklumat pengebumian.

Redha dengan pemergian bapanya itu, Aqeela memohon orang ramai untuk mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Saya reda dengan takdir dan ketentuan Allah. Daripada abah menahan sakit lama-lama, lebih baik Allah ambil. Tadi senang saja abah pergi, tiada tercungap-cungap nafas. Abah pergi dengan tenang, Alhamdulillah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah abah,” jelasnya lagi.

Untuk info, sebelum ini Allahyarham Hisham telah ditidurkan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HSA dan hanya bergantung kepada mesin sokongan.

Sumber dan rujukan

Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin) VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *