Pengarah Syamsul Yusoff dedah ladang ‘Musang King’ beliau, sekali ini kata-kata netizen

Pengarah Syamsul Yusoff dedah ladang ‘Musang King’ beliau, sekali ini kata-kata
Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil mendedahkan sisi lain kehidupannya yang jarang dipaparkan kepada umum. Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Syamsul dilihat sedang bergiat aktif mengusahakan ladang dusun durian jenis mahal iaitu Musang King.
“Melawat ladang… Mudah-mudahan Allah SWT izin,” tulisnya beserta tanda pagar musang king.
“Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat suami kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menceburi bidang baharu selain daripada kehandalannya dalam mengarah filem.
Malah, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang kagum dan memuji tindakan Syamsul kerana melaburkan wangnya dengan menjadi seorang petani.
“Pelaburan bijak demi masa depan” – Netizen
“Alhamdulillah..akak pun cita2 nak ada kebun..seronoknya..beruntung Allah izin dan beri pada adik”
Difahamkan ladang dusun durian selebriti ini terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.
VIDEO boleh ke Tiktok Syamsul Yusoff @syamsulyusoffilm
Sumber : XTRA