Penuh Kebencian Terhadap Orang Islam Malah Menjadi Salah Seorang Daripadanya, Kisah Hijrah Seorang Askar Veteran Amerika Syarikat

Posted on

Terdapat banyak kisah penghijrahan dari agama lain kepada agama islam dan hampir semuanya diolah dalam cerita yang unik dan berbeza. Apa yang akan diceritakan dalam pautan ini adalah kisah seorang askar veteran Amerika Syarikat yang bermula daripada kebencian kepada kasih sayang dan cinta akan agama Islam.

Richard Mckinney, seorang askar veteran Amerika Syarikat yang pada mulanya benci akhirnya tertarik untuk terbuka hati kepada agama Islam.

Kisahnya sebagai seorang askar bermula dari pengaruh cerita rambo dimana Rambo mempunyai personaliti yang hebat iaitu kuat, dihormati dan berani.  Personaliti rambo tersebut yang membuatkan Richard untuk menyertai Kor Marin.

Dia telah menyertai beberapa peperangan di Timur tengah dan menertai banyak operasi dan pengalaman terburuk baginya adalah melihat mayat kanak kanak yang tidak bernyawa. Dia mempunyai 26 tatu airmata yang mewakili orang yang dia telah bunuh dalam perang.

Setelah tamat khidmat dengan ketenteraan, Richard mengalami PTSD (Post Traumatic Stress Disorder) iaitu penyakit mental yang membuatkan dia tidak dapat berfikir secara rasional. biasanya ini merupakan kesan daripada trauma yang dialami ketika menjalani operasi ketenteraan.

Pernah sekali, dia terlihat dua orang wanita yang memakai burqa dan dalam hatinya dia ingin mematahkan kedua leher perempuan itu. Dia banyak menghabiskan masa dengan meminum minuman keras. Dia juga bercadang untuk membuat bom buatan sendiri dan ingin meletupkan di satu pusat Islam yang berdekatan dengan rumahnya tanpa menghiraukan kesan dan akibat.

Suatu hari, anak perempuannya balik dari sekolah dan menceritakan tentang seorang budak lelaki yang diambil oleh ibunya yang memakai burqa. Kebencian Richard terhadap Islam telah membuatkan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik didepan anaknya itu. Raut muka anaknya berubah dan dia mula sedar akan perbuatannya itu.

Selepas kejadian tersebut dengan rasa ingin tahu, Richard telah pergi ke Muncie Islamic Center dan melihat seorang lelaki yang tersenyum sambil berkata ” ada apa yang boleh saya bantu ? ” dari situ dia mula untuk mempelajari Islam.

8 minggu selepas ulang alik dari Muncie Islamic Center itu, dia telah menjadi seorang Muslim.

begitulah kisah penghijrahan Richard Mckinney dari seorang pembenci kepada seorang muslim. Richard masih bergiat aktif di facebook. Menyebarkan kebaikan dan keamanan serta memberikan contoh terbaik bagi mereka yang ingin berhijrah.

Laman profile : https://web.facebook.com/richard.mckinney.58760

Sumber : Cordova Media

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *