Perjalanan Seorang Mualaf cina, Kisah Guru Kristian Memeluk Islam

0
Perjalanan Seorang Mualaf cina, Kisah Guru Kristian Memeluk Islam

Hidayah Milik Allah.

Muhammad Nabil Ashraf Abdullah, 32, atau nama asalnya, Isaac Ong Chen, seorang mualaf Cina dari Pulau Pinang yang baru memeuk Islam dua tahun lalu,

kini dalam misi mendapatkan kelulusan tinggi dalam pengajian agama demi memikat hati ibunya kepada agama fitrah ini.

mualaf Cina ini mengucap dua kalimah syahadah pada Ogos 2017 setelah 11 tahun memendam hasrat tersebut kerana bimbang dengan pandangan masyarakat sekeliling.

Kisah Muhammad Nabil Ashraf Abdullah Seorang Mualaf cina

Berpindah ke Kelantan belajar Islam

Mualaf Cina berbadan tegap ini berkata, sebulan selepas bergalar seorang muslim,

dia berpindah ke Kelantan dan mula belajar di Madrasah Pengajian Islam (MPI) di Kok Lanas di sini atas cadangan ustaz di pejabat agama Pulau Pinang.

“Saya meletakkan jawatan sebagai penol0ng pengurus sebuah kedai buku popular di Pulau Pinang dan kini menjadi pelajar tartua di MPI tetapi saya tidak kisah, saya perlu keluar dari Pulau Pinang kerana suasana di sana tidak sesuai jika mahu mendalami agama.

“Kebanyakan orang Cina di sana masih mempunyai pandangan buruk tentang Islam malah mereka anggap bila seseorang mualaf Cina masuk Islam seolah-olah keluarganya sudah kematian anak,”katanya ketika ditemui di MPI di sini kelmarin.

MPI atau lebih dikenali dengan nama Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) adalah sebuah institvsi di bawah Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan,

yang menyediakan pendidikan asas agama kepada anak Orang Asli, mualaf serta gol0ngan yang tercicir dari arus pendidikan perdana bermula dari usia 12 tahun.

Ibu sedar dia memeluk Islam

Sementara itu, Muhammad Nabil Ashraf berkata, dia merupakan anak tunggal dan semasa di Pulau Pinang dia tinggal bersama,

ibunya, Tan Ah Ngan, 74, manakala ayahnya pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu.

Katanya, ibu kesayangannya itu sedar dia sudah mem3luk agama Islam tetapi tidak mahu maklumat itu diketahui sanak saudara dan rakan-rakan kerana malu.

“Ibu saya beragama Buddha tetapi dia tidak kisah pun dahulu semasa saya menganut agama Kristian malah saya pernah bertugas jadi guru Kristian mengajar kanak-kanak di gereja.

“Sebaliknya bila dia dapat tahu saya menjadi Islam dia menangis kerana padanya dia sudah tidak ada anak yang akan ‘sembahyang’ kepadanya apabila dia m3ninggal dunia,” katanya.

Muhammad Nabil Ashraf berkata, sikap skeptik ibunya kepada agama Islam mendorongnya untuk mengambil subjek Pendidikan Islam dan Tasawur dalam,

peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara persendirian tahun ini supaya beroleh peluang mel4njutkan pengajian lebih tinggi dalam bidang 4gama.

“Ibu saya seorang yang mem4ndang kepada kelulusan ‘sijil’, maknanya kita kena menjadi seorang yang mempunyai kelayakan untuk berdakwah kepadanya,”katanya.

Menyempurnakan ibadah puasa
Dalam pada itu, Muhammad Nabil Ashraf berkata, jika pada tahun lalu dia hanya mampu berpuasa 15 hari pada bulan Ramadan,

kali ini dia berharap dapat menyampurnakan ibadah puasa selama sebulan dengan sempurna.

“Walaupun saya belajar di sini bersama adik-adik yang jauh lebih muda, tetapi saya tidak rasa tertakan kerana cabaran di mana-mana tempat pun sama.

“Saya masih lagi belajar buku Iqra’ tahap empat dan mendapat pertol0ngan dari adik-adik di sini untuk membaca al Quran,”katanya.

Bac Juga: Keajaiban solat tahajud ‘Wanita ini dapat pergi Makkah 7 Tahun Berturut-turut’

Sumber : Utusan, HarianMetro Via

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.