Petua Mujarab Merawat Penyakit Gegata Atau Jilatan Jin

Posted on

Penyakit Gegata Atau Jilatan Jin

Bismillah, Penyakit Gegata Atau Jilatan Jin, Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah:

  • B. Melayu: gegata, kelopak garam\
  • B. Inggeris: wheals, hives

Perubatan: urticaria

Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan. Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah. Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.

Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Rawatan urticaria:

Antihistamine (hilangkan gatal): Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine – Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi
Losyen/krim (hilangkan kerengsaan) : Contoh: calamine, pramoxine – Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi
Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk): Contoh: prednisolone, betamethasone – Perlukan preskripsi doktor
Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi. Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk. Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit.

Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen. Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

PETUA ORANG KITA : Penyakit Gegata

Petua ini telah dikongsikan oleh Hairizal Hamidon di fb miliknya..semoga bermanfaat kepada semua

Kalu kena gegata ubatnya mudah je..

  • Dapatkan lengkuas.
  • Potong lengkuas.
  • Permukaan yang dipotong tu dikelar-kelar dengan pisau.
  • Lengkuas tadi digosok kat tempat gatal.
  • Selain rasa syiok digosok, ia cepat melegakan lebih baik dari ubat KKM..

Nte : Kalau kawasan gegata banyak dan air lengkuas dah jadi kering, potong dan kelar lagi lengkuas tersebut dan gosok lagi. Mudah-mudahan membantu & selamat mencuba. In sha Allah. Okeh.. babeh.. Sharing is caring.

Wallahualam…

Akhir Kata

Itula perkongsian tentang petua merawat penyakit Gegata Atau Jilatan Jin Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudar kita yang lain…

Sumber

Satu Persinggahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *