Patutlah Buah-Buahan Dan Tanaman Thailand Selalu Berbuah Lebat, Ini 1 Rahsia Mereka

0
Tanaman Thailand

Teknologi pertanian dan Tanaman Thailand tidak dinafikan berada di satu tahap yang bagus dan maju berbanding negara-negara lain termasuk Malaysia.

Contohnya, mesin-mesin terbaik yang digunakan untuk tanaman Thailand untuk pertanian mereka, ada segelintir antara mesin itu yang mungkin belum ada digunakan di negara kita.

Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun tanaman Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.

Geram tak tengok pekebun-pekebun tanaman Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Inilah Rahsia Teknologi Tanaman Thailand Buat Pokok Galak Berbuah!

Bahan-bahan:

  • 2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2 kg Gula Perang
  • 1 biji Ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak Susu segar
  • 2 biji Air kelapa muda
tanaman thailand
Bahan-Bahan

Cara-cara:

  • Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
  • Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
  • Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
  • Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
  • Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
  • Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

Difahamkan bahawa campuran yang dibuat ini adalah berfungsi dan berperanan sebagai baja atau vitamin semula jadi yang juga turut menggantikan penggunaan racun kimia kepada tanaman.

Baca Juga: Khasiat Raja Kayu

Sumber Dan Rujukan

Saja Gempak .cOM

Leave a Reply

Copyright © All rights reserved. | CoverNews by AF themes.