Rakam diam2, Issey ‘kantoikan’ aktiviti Nabil dalam konti -“Sebab tu aku minat dia”

0

Rakam diam2, Issey ‘kantoikan’ aktiviti Nabil dalam konti -“Sebab tu aku minat dia”

Penghijrahan Nabil Ahmad menjadi insan yang lebih baik sememangnya mendapat respon yang positif daripada para peminat. Kebanyakan mereka gembira dengan perubahan tersebut kerana cara penyampaian pengacara itu juga penuh dengan kata-kata nasihat.

Baca al-Quran senyap2

Walaupun Nabil masih lagi bergiat aktif dalam dunia seni, namun ia sedikit sebanyak memberi contoh yang baik kepada para penonton serta pendengar radio.

Menerusi perkongsian daripada selebriti yang juga rakannya, Issey Fazlisham di aplikasi TikTok, dia telah berkongsi video yang diambil secara diam-diam sewaktu Nabil leka membaca al-Quran.

Baru jam 7 pagi

Menurut Issey, video tersebut diambil sewaktu Nabil mengendali radio di konti bersama dua orang lagi penyampai kira-kira jam 7 pagi.

Tambahnya, cara yang ditunjukkan Nabil menjadi punca mengapa dia meminati pengacara Meletop itu kerana perjuangannya yang luar biasa.

Dia tahu agihkan masa dunia & akhirat

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji aktiviti yang dilakukan Nabil apabila meluangkan sedikit masa melakukan ibadah walaupun sedang bertugas.

Mereka juga akui suka dengan apa yang ditunjukan pengacara itu kerana memberi inspirasi kepada orang ramai walaupun masih bergiat aktif di dunia hiburan.

Sumber dan rujukan

TikTok Isseyfazlisham VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *