Rayu tarik semula laporan polis, selepas lakukan gangguan s*ksual kepada penuntut UITM..
Penuntut UiTM dakwa kena gangguan s*ksual, pensyarah rayu tarik semula laporan polis
Kecoh di media sosial, seorang penuntut dari Universiti Awam membuat pendedahan secara terbuka dimana dia mengalami gangguan seksual oleh salah seorang pendidik di universiti pengajiannya.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Farah Azuin di laman twitternya, dia memuat naik sebuah gambar laporan polis yang dibuatnya pada 2 Jun 2021 di Balai Polis Tangkak, Johor.
Apa yang menyedihkan, Farah membuat keputusan untuk mendedahkan perbuatan terkutuk pendidik berkenaan disebabkan oleh tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa meskipun sudah setahun kes itu berlalu.
Ujar Farah, dia mengalami kemurungan yang amat dahsyat sehinggakan berat badannya turun secara mendadak dan perlu mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk mengembalikan semula kehidupannya sebelum ini.
Menceritakan kembali kejadian itu, Farah pada awalnya menghantar mesej kepada pensyarah tersebut untuk bertanya mengenai assignment memandangkan dia kurang jelas untuk beberapa soalan.
Selepas selesai bertanya, secara tiba-tiba pensyarah terbabit meminta Farah untuk menjawab soal selidik berkaitan penyelidikannya yang mempunyai unsur lucah.