Rider tetap bersemangat mencari rezeki halal walaupun tangan kanan hancur d gilis

0

Demi mencari rezeki, kekurangan tak menjadi penghalang atau pelemah semangat. Malahan, dikelilingi rakan-rakan yang sangat membantu.

“Eh abang itu tiada tangan” itulah ungkapan yang menyntap jiwa sering kali diterima penghantar makanan, Radha Krishnan, 34, dari Kuala Lumpur yang hilang tangan kanannya sejak usia 6 tahun akibat dig1lis kereta api selepas terj4tuh dari landasan.

Bagaimanapun, Radha tidak pernah menganggap dirinya sebagai kelainan upaya, sebaliknya dengan kudrat yang ada dia mampu untuk bekerja dan menyara kehidupan seperti insan lain.

“Saya tidak mahu mencari simpati, sebagai manusia biasa pun semua orang kena kerja juga untuk menjana pendapatan, untuk menjalani kehidupan.

 

“Mereka ingat saya susah, sebenarnya saya lebih suka dengan kerja ini sebab tak terikat, (ada) ‘freedom’ la. Sekarang dapat beli apa yang kita idamkan, saya dah ‘enjoy’,” katanya ketika ditemubual pada akhir Ogos lepas.
Pernah 3 Hari Jalan Kaki Skuter R0sak

Kisahnya pernah menjadi tular di media sosial selepas kesungguhannya menghantar makanan walaupun hanya dengan berjalan kaki.

Katanya, dia tidak menyangka kisahnya akan mendapat perhatian ramai. Menceritakan semula apa yang berlaku, Radha memberitahu pada ketika itu dia terpaksa berjalan kaki untuk menghantar makanan selama 3 hari kerana basikal elektriknya belum dibaiki.

“Kalau kita dah ambil kita kena masuk kerja, jadi terpaksalah hari itu saya jalan kaki. Masa itu skuter (elektrik) ada masalah, 3 hari juga jalan kaki. Foodpanda ini kalau hari ini tak kerja esok tiada gaji, macam itulah,” ujarnya.
Rakan-Rakan ‘Rider’ Kumpul Wang Belikan Skuter Elektrik

Menceritakan kembali detik awal terlibat dalam bekerja sebagai penghantar makanan yang kini sudah melebihi 1 tahun, Radha berkata pada awalnya dia menghantar makanan menggunakan basikal biasa.

Namun atas keprihatinan rakan-rakan penghantar makanan yang lain, mereka telah mengumpul wang dan membeli sebuah skuter elektrik bagi memudahkannya bergerak, sebelum Radha sendiri kemudian mengumpul wang sendiri untuk membeli sebuah lagi kenderaan elektrik itu.

“Mereka semua k0ngsi belikan saya 1 skuter 3 roda, jadi saya guna 3 roda itu dalam 6 bulan. Saya kumpul duit sikit beli 1 skuter biasa, sebab 1 skuter kalau kita nak tunggu cas dia lama, kalau ada 2 lebih senang untuk saya,” katanya lagi.
Bantuan Tangan Palsu Tak Lulus, Lesen Tak Lepas

Meskipun redha dengan keadaan dirinya, namun jauh di sudut hati Radha mengakui tetap melalui detik kurang selesa apabila berhadapan pelbagai pandangan masyarakat terhadapnya.

Ujar Radha, sejak berumur 21 tahun dia telah membuat permohonan bantuan tangan palsu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun sehingga kini (Ogos) masih belum diluluskan.

“Perlu juga, sebab kadang-kadang kalau budak kecil nampak saya (akan berkata) ‘eh ini abang tak ada tangan’. Masa itu s4kit hati sikit la, ‘abang tu tiada tangan’ macam itu dia cakap.

 

“Saya pun kadang-kadang tidak akan tengok cermin…saya takkan tengok, saya pergi dekat cermin saya sikat rambut, itu sahaja. Saya takkan tengok tangan saya,” katanya.

Selain itu, Radha juga meluahkan kekesalan apabila tidak dapat mengambil lesen kenderaan hanya kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri yang telah dim0difikasi, meskipun telah ada surat d0ktor mengesahkan dia boleh memandu.

“Kalau nak ambil lesen P saya kena ada kenderaan dulu. Biasanya kalau nak beli kereta syarat nak dapatkan pinjaman kena ada lesen memandu. Saya sang.kut di sini kerana kalau nak beli kereta mereka minta lesen,” katanya yang hanya sempat lulus lesen L.

Video

Sehubungan itu, Radha berharap agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil perhatian masalah ini kerana ia antara masalah utama dihadapi oleh gol0ngan 0KU apabila mahu mendapatkan lesen kenderaan.

Demikian kisah seorang pencari rezeki bergelar penghantar makanan. Setiap mereka punya kisah masing-masing. Kesungguhan menyara hidup sendiri tanpa meminta-minta, itulah yang setiap kita harus contohi. Bukan hanya menongkat dagu, mengeluh itu dan ini ketika anggota badan lengkap dan sihat, menanti wang datang bergolek.

Sumber : MSN via fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *