Rosak kejutan birthday, gadis panik tudung terkena api lilin – “Kawan dia gelak dulu”

Rosak kejutan birthday, gadis panik tudung terkena api lilin – “Kawan dia gelak dulu”
Tidak dinafikan, situasi kelam-kabut pasti terjadi sewaktu melakukan kejutan untuk orang tersayang. Silap haribulan, berlaku perkara tidak diingini sehingga boleh membahayakan diri.
Terbaru, tular satu video TikTok memaparkan dua gadis mahu melakukan kejutan ulang tahun kelahiran dipercayai untuk rakannya di dalam sebuah kediaman.
Menerusi akaun milik @nisaaa__18, kedua-duanya dilihat memegang kotak berisi kek yang dihiasi lilin menyala sambil berdiri di sebalik pintu menunggu kepulangan rakannya.
Bagaimanapun ketika fokus mendengar suara dari luar, Nisa berdepan detik cemas apabila tudung dipakainya terkena api kecil daripada lilin kek berkenaan.
Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, dia kemudian dengan pantas meniup api yang terkena tudungnya, manakala rakan di sebelah pula hanya mampu ketawa melihat kejadian tersebut.
Ketawa rakannya berterusan sehingga mereka membuka pintu, lalu ‘birthday girl’ meraikan kejutan itu dengan gembira tetapi belum mengetahui tentang kejadian ‘lucu’ terbabit.
Beberapa saat kemudian, rakan Nisa yang masih berdekah menunjukkan kesan lohong pada tudung akibat kejadian itu sebelum semuanya saling bergelak ketawa.
Video pertama itu meraih 3.7 juta tontonan sejak dimuat naik dua hari lalu selain hampir 3,000 komen orang ramai termasuk netizen Malaysia yang turut terhibur mendengar ketawa rakan Nisa.
Sumber dan rujukan
TikTok @nisaaa__18 VIA OMM