Ryan Bakery dipuji ramai, kerana mampu tampil dengan tenang buat pertama kalinya dalam rancangan tv sepatuh reunion…

“Power, tak kekok!” -Muncul di Sepahtu Reunion, Ryan Bakery dipuji ramai

Sepahtu Reunion merupakan satu program yang disiarkan secara langsung di saluran Astro dengan menampilkan kumpulan Sepahtu sebagai teraju utama.

Untuk episod semalam, Sepahtu Reunion telah menampilkan TikToker terkenal Ryan Bakery dan dan sahabatnya, Wanchaii sebagai pemain jemputan.

Nampak bersahaja atas pentas

Nampaknya, percubaan pertama mereka di atas pentas secara langsung mendapat pujian ramai kerana masing-masing membawakan watak dengan baik.

Hal tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian dari media sosial Sinar FM yang memuat naik video ketika Ryan menyanyi secara live di hadapan penonton Sepahtu reunion.

Terima sorakan ramai

Kemunculannya yang bersahaja mendapat sorakan daripada peminat dan pastinya ramai yang berpuas hati dengan penampilan TikToker di pentas lawak.

Rezeki memang tak salah alamat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pembawaan Ryan dan Wanchaii yang sememangnya mempunyai bakat besar dalam industri.

Mereka turut memaklumkan yang rezeki memang tak salah alamat kerana bermula sebagai content creator yang menghasilkan video-video menggamit kenangan sehingga tular dan dijemput ke stesen-stesen televisyen untuk berkongsi kisah mereka.

Sumber dan rujukan

TikTok @sinar_my VIA OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.