“Sakit dapat, malu pun dapat” -Pelawak terjun ke penonton tapi tak disambut

0

“Sakit dapat, malu pun dapat” -Pelawak terjun ke penonton tapi tak disambut

Konsert Hausboom Music 2022 yang berlangsung tempoh hari sememangnya menghadirkan pelbagai cerita kontroversi walaupun ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat muzik Tanah Air.

Selain daripada video vokalis kumpulan muzik terkenal dikatakan meludah ke arah penonton, satu lagi video tular di TikTok tak kalah viral melibatkan tindakan spontan seorang pelawak komedi berdiri.

Tak disambut pula

Menerusi muat naik daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hanifazhari_ , dia telah berkongsi momen Mad Sabah terjun dari atas pentas namun tidak disambut oleh penonton.

Berlari terjun ke penonton

Menerusi video berkenaan, pelawak itu dilihat telah berlari dari arah tengah pentas dan terjun ke penonton seperti yang sering dilakukan oleh penyanyi-penyanyi ketika mengadakan konsert.

Walau bagaimanapun, crowdsurf yang dilakukan tidak menjadi dan dia hanya ‘di buuu’ dan dibiar jatuh ke lantai tanpa disambut oleh penonton.

Harap tak ada cedera mana2 la

Walau bagaimanapun, menerusi kapsyen yang disertakan oleh pengguna TikTok itu, dia memaklumkan Mad Sabah tetap tersenyum walaupun kehadirannya seakan tidak digemari penonton yang sedang asyik mendengar persembahan nyanyian daripada penyanyi-penyanyi kegemaran mereka.

“Harap tak injured . steady brathaa kena buu pun still senyum,” tulisnya.

Kena sedar, bukan Justin Bieber nak buat begitu

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada mereka telah mempertikaikan mengapa pelawak terbabit melakukan aksi demikian kerana ia bukan sahaja boleh membahayakan tangan penonton tetapi tubuh badan sendiri.

Walaupun ada di antara mereka berasa simpati, namun ramai yang tidak dapat menahan tawa melihatnya terjun ke penonton seperti sedang mandi sungai.

Sumber dan rujukan

TikTok @hanidazhari_VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *