“Samp4h!”- Takutkan kanak2 dengan suara pontianak, ramai luah rasa bengang

0

“Sampah!”- Takutkan kanak2 dengan suara pontianak, ramai luah rasa bengang

Sejak kebelakangan ini, tular di aplikasi TikTok mengenai trend menakutkan kanak-kanak dengan menggunakan audio suara pontianak mengilai sehingga menarik ramai pengguna terikut dengan perkembangan semasa itu.

Difahamkan, video itu dimulakan dengan orang dewasa mahu merakamkan video namun apabila butang ‘play’ ditekan mereka akan lari dan menutup pintu, meninggalkan kanak-kanak di dalamnya.

Setelah itu, suara pontianak mengilai akan keluar sehingga membuatkan kanak-kanak yang berada dalam bilik tersebut menjerit dan menangis ketakutan.

Trend samp4h! Sedih tengok cara mereka berhibur
Pun begitu, ramai meluahkan ketidakpuasan hati apabila setiap perkongsian trend tersebut menerima komen yang berbaur unsur jenaka seperti salah seorang pengguna Twitter yang dikenali @AmirulRuslam ini.

Menerusi ciapan yang dikongsikan, Amirul meluahkan rasa sedih apabila mendapati majoriti di bahagian komen tidak mempunyai rasa empati dan simpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, pengguna itu meluahkan rasa kasihan kerana kanak-kanak pada masa kini menjadi mangsa trend ‘sampah’.

Kanak2 muslim sepatutnya diajar untuk takut Allah dan bukannya hantu

Selain itu, Amirul mengatakan kanak-kanak muslim sepatutnya diajar untuk takut kepada Allah S.W.T dan bukannya hantu seperti yang sedang berlaku sekarang.

Nanti budak2 dah besar pun masih takut hantu

Apa yang lebih merisaukannya adalah kesan yang akan dialami oleh kanak-kanak itu akan dibawa ke dewasa kelak terutama kaum lelaki kerana masih takut dengan hantu.

Benda ni tak kelakar langsung!

Luahan oleh Amirul itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai bersetuju dengan pendapatnya dengan mengatakan perbuatan tersebut adalah tidak kelakar.

Sumber dan rujukan

TikTok @sonic_thatchadol, @loubessss7 , @somplakfriends, Twitter @AmirulRuslamVIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *