Sebelum Berkahwin Saya Bayangkan Saya Dan Suami Akan Mencipta Memori2 Yang Sangat Indah Bersama Namun Semua Tu Hanya Tinggal Mimpi Saje

Posted on

Sebelum Berkahwin Saya Bayangkan Saya Dan Suami Akan Mencipta Memori2 Yang Sangat Indah Bersama Namun Semua Tu Hanya Tinggal Mimpi Saje

Assalamualaikum min, Saya ina berumur 32 baru sje berkahwin 7 bulan. Selepas brrkhwin saya tinggal bersame mertua (masih ada mil&fil) di kampung halaman suami di selatan tanah air. Suami bekerje sbgai pgawal kselamatan di sekolah berhampiran dengan rumah mreka. Oleh sebab itu dia mengambil keputusan utk tinggal bersame ibu dan ayahnya.

Jujur saya katakan, bersyukur lah bagi pasangan yang diberi rezeki untuk hidup brdua bersama pasangan. Saya sangat cemburu dengan khidupan mereka yang tinggal berasingan. Sebelum berkahwin saya bayangkan saya dan suami akan mencipta memori2 yang indah bersama namun semua tu hanya tinggal mimpi saje. Kalau org lain mungkin rumahku syurgaku. Tapi bagi saya, cuma bilik sahaja ruang privasi saya.

Selangkah keluar dari bilik, saya dah tak punye hak. Aurat terbatas dgn fil, nak tonton tv pilih channel kesukaan sendiri tak berkesempatan sebab ya la rumah orang. Tv di conquer. Fil dan mil mempunyai 5 org anak. 3 dah berkahwin dan kadang2 kalau anak menantu dan cucu yang lain pulang, habis di selongkarnye makanan2 saya yang saya dah sembunyi dalam peti sejuk.

Dulu ye saya biarkan saje di dlm peti, nak makan, makan la. Tapi bilamane mereka terlalu kerap pulang bermalam di kampung. Kadang habis lincin makanan2 saya. Sebagai contoh kek2, manisan, air kotak, coklat mahal dll lagi. Saya tak bekerje. Duit yang suami bagi pon cukup2 makan sje untuk klengkapan saye. Kdg dari duit itulah saye beli mkanan yg sy teringin. Ibu dan ayah pade budak2 itu pun tak pernah melarang dan biarkan je budak2 tu habiskan mkanan saya.

Serius saya tak selesa dgn semua ini. Kdg terfikir juge, ye saya menumpang tapi perlu ke sampai tahap macamtu hak saya dinafikan. Seolah-olah saya ni tak berhak langsung.

Utk makluman semua bil utilities kami berdua yang bayar. Mkanan dan brang basah pun kdg dalam sebulan kami akan spend dalam 200 300. Selebihnya fil yang akan beli.

Cuma untuk luahan hati. Pernah terdetik juge nak beli peti sejuk kecil yang baru untuk saya je. Mesti ingat saya kdekut kan orangnye. Tak tahu la ape pndangan orang. Cuma yang mengalami sje yang tahu. Doakan suami saye dimurahkan rezeki. Mne tahu tak lame lagi dah boleh hidup sendiri berdua. Tq min. Hide fb yer.

 

Anda dah baca? Apa pula pendapat anda? Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih

Sumber : SOSTOMATO.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *