Selebriti popular direman dipercayai kes amang s*ksval remaja lelaki

Selebriti popular direman dipercayai kes amang s*ksval remaja lelaki
Seorang selebriti lelaki dilaporkan telah ditahan pihak polis semalam selepas dipercayai melakukan amang s*ksval fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
Memetik laporan laporan Boom! Malaysia, selebriti popular itu dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi tadi dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan.
Sementara itu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung turut berkongsi laporan berkenaan dari portal berbeza di laman Facebook sehingga menerima pelbagai reaksi ramai.
Rata-rata netizen mula berteka-teki mengenai gerangan tertuduh selain mencari jawapan di ruangan komen bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran mereka.
Untuk info, Firdaus yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) bertindak menentang sekeras-kerasnya apabila membabitkan kes gangguan s*ksval.
Bagaimanapun, belum ada butiran lanjut berhubung kejadian tersebut dan kami akan mengemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kenyataan terbaharu.
Sumber dan rujukan
BOOM! Malaysia (Deegun Rahman) VIA OMM