Dah nak pulang ke Indonesia”Sempat ziarah makam pahlawan sebenar”

Dah nak pulang ke Indonesia, pelakon ‘Mat Kilau’ sempat ziarah makam pahlawan

Fenomena filem Mat Kilau yang hampir seminggu ditayangkan masih lagi dirasai apabila banyak komen positif berhasil diterima daripada para penonton.

Filem mengetengahkan seni persilatan ini bukan hanya berjaya mendapat maklum balas baik daripada penonton, tetapi turut mengukir sejarah apabila berjaya mengutip RM18 juta dalam masa 5 hari tayangan.

Barisan pelakonnya turut dipuji kerana menampilkan mutu lakonan yang cukup hebat. Salah seorang daripada mereka adalah pelakon aksi negara seberang, Yayan Ruhian.

Namanya bukan asing lagi kerana sudahpun berlakon di beberapa filem Hollywood sehingga menjadi antara yang disegani di Indonesia dan di Malaysia.

Berada lama di negara kita, Yayan Ruhian yang terlibat dalam promosi filem Mat Kilau ini akhirnya memaklumkan akan bergerak pulang ke Indonesia bagi meneruskan kerjayanya disana.

Sempat ziarah makam Mat Kilau
Namun begitu, sebelum pulang dia sempat ke Kg Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang untuk menziarahi makam pahlawan sebenar Mat Kilau.

Hal tersebut dikongsikan sendiri Yayan di media sosial miliknya sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong filem arahan Syamsul Yusof ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanief An (@bahasa_hanief)

Terima kasih untuk semuanya

Dia juga turut berharap agar suatu hari nanti dapat berjumpa lagi dan memohon maaf andai ada sebarang kesilapan yang dilakukan sepanjang berkelana di Malaysia untuk filem Mat Kilau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah mengucapkan ribuan terima kasih atas lakonannya yang mantap sebagai Toga dalam filem epik tersebut.

Mereka juga mendoakan agar perjalanan pulang Yayan ke Indonesia dipermudah dan dapat bertemu lagi dikemudian hari.

Selalu2 datang Malaysia bang!

Selalu2 datang Malaysia bang!

Sumber: Instagram Yayan Ruhian Via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.