Semua Akan Berubah Bila umur Anda 37 tahun ke Atas

Posted on

 

Tenang di penghujung usia 30 an.
Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia
37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil
pun boleh melenting.
Asyik melenting sahaja!
Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran
Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau
perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang berada dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan
39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.
Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40
tahun!
Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.
Anda harus menghadapinya!
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati kawan sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam ditimpa pelbagai masalah.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kena ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah
paling dahsyat!
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
– ALLAH SAYANG-
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk
masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30
tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, SEMUANYA BARU!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita
bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia.
Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk
akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘peperiksaan akhir sebelum usia 40’
😌.

Luangkan masa sebentar untuk memikirkan betapa berkatnya anda.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada
yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda
mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda
dihina dan dikasari. Baginda sabar.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu
diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah
kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan
adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan
sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat
pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita
akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu.
Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada
pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui
iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan.
Itulah fungsi ujian!
Baik, ‘kan Allah

Ya. Hidup ini sederhana. Melakukan kebaikan dan kebaikan akan datang kepada anda.
Sila kongsi untuk menyelamatkan lebih ramai orang di luar sana.

Sharing is Caring.

Sumber: Orang Wangsa Maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *