Sifu perniagaan ‘koyak’, netizen tanya soalan ketika live TikTok kena maki

0

Sifu perniagaan ‘koyak’, netizen tanya soalan ketika live TikTok kena maki

Media sosial sememangnya satu medium untuk sesiapa sahaja membuat perkongsian yang mereka suka.

Antaranya fungsi yang boleh dimanfaatkan adalah berkongsi ilmu untuk memulakan atau mengukuhkan lagi sesuatu perniagaan yang diusahakan daripada’sifu-sifu’ perniaggan.

Tanya pun koyak
Namun begitu, menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang ‘sifu’ perniagaaan dikatakan telah ‘koyak’ apabila ada netizen bertanyakan beberapa soalan kepadanya.

Menerusi muat naik pengguna TikTok dikenali sebagai @farqhan.com, dia telah berkongsi semula rakaman live yang dibuat ‘sifu’ perniagaan terkenal dan sempat meninggalkan pertanyaan berkenaan perniagaan lain yang diusahakan individu itu.

Pulak kena marah

Ternyata, pengguna TikTok itu telah mendapat respon yang tidak disangka-sangka apabila ‘sifu’ perniagaan itu menyelarnya secara langsung dengan mengatakan soalan yang diberi adalah ‘soalan bodoh’.

Dia juga telah bertanyakan kembali pencapaian yang ada pada pengguna TikTok itu sehingga ‘berani’ bertanyakan hal tersebut kepadanya.

“You tu berjaya apa? Selain berjaya nak membongak dalam komen tu. You all berjaya apa? Ada buat kelas untuk usahawan? Bodoh la buat soalan tu,” katanya.

Akhirnya ada yang bersuara

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa terhibur melihat tingkah laku sifu berkenaan yang ‘koyak’ selepas mendapat soalan daripada warganet.

Ada juga di antara mereka yang merasakan hal sama dan pernah tertanya-tanya tentang perniagaan apa yang dibuat oleh sifu perniagaan terbabit sehingga dia kerap membuat kelas-kelas dengan motif membantu para peniaga meningkatkan perniagaan mereka.

Sumber dan rujukan

TikTok @farqhan.com VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *