Solat Dhuha Dan Doanya Serta Terjemahan (Ringkas)

Posted on

Bismillah, Solat Dhuha adalah solat sunat yang nabi anjurkan agar jangan kita tinggalkan. Oleh itu, dalam artikel akan berkongsi tentang definisi, waktu, dan cara melaksanakan Solat Dhuha Dan Doanya

Solat Dhuha Dan Doanya Serta Terjemahan Waktu Solat Dhuha Dan Tatacara Ringkas Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik

Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat

Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk

Sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit. Maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu, Waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah:

  • Anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: 

“Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.

Baginda bersabda;

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”
(HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dikerjakan minimum dua rakaat

Tetapi rakaat yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat

1. Niatnya:

Niat solat Dhuha

Niat itu perbuatan hati, jadi tidak usah lafaz, cukup baca dalam hati

2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

  • a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii Al-lail dan Al-Insyirah.

  • b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali

Solat Dhuha Dan Doanya

4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

Tasbi Solat Dhuha Dan Doanya

Doa Selepas Solat Dhuha

Doa Dhuha Dan Terjemahan Yang Digalakkan Untuk Baca Selepas Solat Sunat Dhuha

 

Doa Dhuha Dan Terjemahan

“Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassirhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ibadikash shalihin.”

Doa Dhuha Dan Terjemahannya

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu dhuha”.

Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.

— Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.

Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.

Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Sumber dan rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *