SubhanAllah Seorang Lelaki Buta Berjalan Kaki Guna Tali Solat 5 Waktu Di Masjid Dan Dikhabarkan Dia Jugalah Muazzin Di Masjid Tersebut

Posted on

SubhanAllah Seorang Lelaki Buta Berjalan Kaki Guna Tali Solat 5 Waktu Di Masjid Dan Dikhabarkan Dia Jugalah Muazzin Di Masjid Tersebut

Kekurangannya Bukan Penghalang Untuk Beribadah

Masya Allah, Tabarokallah… Apa yang kita cari di dunia ini sejak dari buka mata hingga kita pejam kembali, setiap hari, setiap minggu, setiap tahun sehingga kita akhirnya akan tetap akan dijemput kembali juga kepada Allah?

Mari kita kutip semangat yang ditunjukkan oleh seorang tua lagi buta di dalam mencari KEREDHAAN Allah yang sepatutnya menjadi matlamat setiap insan yang bergelar mukmin. Tak m4lukah kita dengan kecekalan sibuta ini menapak ke masjid setiap kali masuk waktu solat?

Kalam guruku menyebut…cac4t anggota bukan penghal4ng untuk ke masjid…tapi cac4t di hati yang perlu diubati, kerana itu adalah hal4ngan yang terbesar di jalan Allah.

Dalam muat naik sebuah portal luar negara, sibuta ini tinggal di sebuah kawasan pedalaman di Sudan. Dia mengikat tali yang panjang bermula di rumahnya sehingga sampai ke masjid untuk memudahkannya berjalan kaki ke masjid.

Video lelaki buta jalan ke masjid 5 kali sehari dengan hanya menggunakan tali

Dan dikhabarkan dia jugalah muazzin di masjid tersebut, subhanallah… Semoga Allah memberikan rahmat dan kasihan belas kepadamu tok… Mungkin engkau tidak tahu tok, sesungguhnya, videomu berjalan kaki ke masjid ini telah tersebar ke serata alam dan menjadi motivasi kepada berjuta hati insan mukmin.

Subhanallah, bandingkan beliau dengan diri kita yang sempurna, tanya diri kita apakah usaha kita kearah mencari keredaan Allah, Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menjadi hamba yang terbaik di akhir zaman ini… Aamiin Allahumma Aamiin

Anda dah baca? Apa pendapat anda jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber :mimbar raudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *