Tak Mampu Berdakwah Jangan Halau Orang Yang Berdakwah : Adam Corrie

Tak Mampu Berdakwah Jangan Halau Orang Yang Berdakwah : Adam Corrie

DAHULU saya sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.

Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.

Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut di akhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam.

Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. Kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.

Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.

Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Dah la kita ni malas pergi mencari ilmu.

Tepuk dada.
Tanya iman sendiri.

Senyum selalu.
Selalu bersangka baik.
InsyaAllah hati tenang.

Adam Corrie

Apa pendapat anda,Anda dah baca jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber : Indahnyaislam

11 comments

  1. Saya setuju dengan Adam Corrie. Sebarkan Islam dengan cara berdakwah. Sebaiknya berdakwah buat berjemaah. Bantu orang berdakwah bukan halau orang berdakwah. Sebarkan betapa indahnya Islam.

  2. kerana keduniaan.

    Imam as-Syafi’i pernah berkata: Nanti di akhir zaman banyak Ulama yang membingungkan Ummat, sehingga Ummat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu yang menyesatkan.

    Lantas murid Imam as-Syafi’i bertanya “Ulama seperti apa yg kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?”

    Beliau menjawab: “Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yg disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik.”

    وسئل الإمام الشافعي رحمه الله تعالى: كيف تعرف أهل الحق في زمن الفتن؟! فقال: اتبع سهام العدو فهي ترشدك إليهم

    Imam as-Syafi’i pernah ditanya oleh muridnya tentang bagaimana caranya kita mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah?

    Jawab beliau: “Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka ia akan menunjukmu siapa pengikut kebenaran.”

    Jadi pilihlah dan ikutlah ulama dengan ciri berikut agar selamat di zaman penuh fitnah ini:

    ➖ Ulama yang paling dibenci dan tidak disukai orang kafir

    ➖ Ulama yang paling tidak disukai orang munafik

    ➖ Ulama yang keras terhadap orang kafir yang mengganggu

    ➖ Ulama yang lemah lembut terhadap orang Islam

    ➖ Ulama yang tidak peduli dengan caci maki orang kafir sepanjang menyuarakan kebenaran

    ➖ Ulama yang jika kita memandangnya dan mendengar nasihatnya semakin membuat hati kita semangat untuk lebih rajin beribadah

    Semoga kita diselamatkan dari fitnah dunia dan fitnah dajjal yang seperti semakin dekat kemunculannya..

  3. Mengalir airmata bila mendengar ceramah dari dr Zakir Naik. Meremang bulu roma bila ingatkan masih sedikit bekalan amalan untuk dibawa apabila mati nanti. Tetiba penceramah ni diharamkan…eh!? biar betul…. Dia salah ke? Part mane yg dia salah tu..👁

  4. Apa kita nak jawab depan Allah nanti bila ada sdra kita yg belum Islam melaporkan pd Allah bhw kita gagal mendakwahkan Islam kpdnya sewaktu hidup ini sehingga dia kekal tidak menerima Islam ketika berdepan Allah di mahsyar nanti. Jadi, jika kita tak dpt dakwah orang bukan Islam kpd Islam, kenapa kita pula menghalang mereka yg membawa dakwah Islam kpd umum. Ingat didunia kita dpt berhujah dgn pelbagai alasan, tapi di depan Allah, apa yg hdk kita hujahkan.

  5. Assalamualaikum..pendapat saya, saya setuju 100% apa yang Adam Corie cakapkan.Agama Islam sangat indah dan tidak menzalimi sesiapapun.Siapa yang menolong Allah SWT , Allah SWT akan menolong dia dan menetapkan hatinya:
    إن تنصرالله ينصركم ويثبت أقدامكم

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *