Pencen Tentera Balik Kampung Ternak Ayam, Tak Sangka Boleh Jadi Jutawan
Cuma ternak ayam tapi boleh jadi jutawan, Di era serba moden seperti hari ini, ramai anak muda khususnya berhijrah ke bandar bagi meneruskan kehidupan dengan kerjaya yang baik dan gaji lumayan.
Namun, hidup di bandar tidaklah seindah yang disangka. Kerana hidup di bandar sentiasa sibuk dengan urusan harian.
Di bandar, setiap hari penduduknya selalu dihidangkan dengan suasana sesak dan aliran trafik yang perlahan. Ini sedikit sebanyak boleh membuatkan ramai tertekan dan tidak seronok untuk pergi bekerja setiap hari.
Bayangkan, setiap hari ramai yang terpaksa membazir masa sehingga 2 hingga 3 jam berada di dalam kereta untuk sampai ke pejabat jika berlaku kesesakan trafik luar biasa.
Tambahan pula tidak semua anak muda berhijrah ke bandar hidup selesa dan capai apa yang mereka inginkan. Lebih menakutkan lagi ramai yang bergelar “MISKIN BANDAR” walaupun dengan gaji ribuan ribu ringgit sebulan.
Itu adalah realiti kehidupan sekarang ini. Kos sara hidup sering meningkat dari masa ke semasa membuatkan ramai terbeban hidup di bandar besar.
kisah Menarik Bekas Tentera Ternak Ayam
Satu kisah menarik yang patut kita kongsi bersama ini iaitu kisah Fang Liyan dan Gu Yuling yang membawa anak mereka yang berumur 6 dan 4 tahun berhijrah ke kampung di pergunungan untuk menternak ayam di sana.
Pasangan muda berusia 31 tahun ini menternak dan mengeluarkan lebih sejuta ekor ayam setahun. Penternakan ayam yang mereka jalankan mendapat sambutan dan mereka berasa senang dengan pekerjaan yang mereka lakukan sekarang.
Berbanding dengan menternak ayam dalam sangkar tertutup, menternak ayam dalam sangkar terbuka lebih berisiko dan agak renyah kerjanya. Kebanyakan petani ini menghadapi dilema dimana perusahaan penternakan yang tidak mahu diambil alih oleh anak-anak mereka.
Bagaimanapun, Fang Liyan bukan sahaja mengambil alih perniagaan keluarga, malah turut menghimpunkan ramai anak muda untuk membina ladang ayam bersama.
Terdapat 30 ladang ayam di lereng bukit di Taitung, dengan pengeluaran tahunan lebih daripada satu juta ayam. Apa yang menariknya, ayam-ayam ini dibekalkan kepada Ding Taifeng, Carrefour dan perusahaan lain.
Fang Liyan berkata bahawa keluarganya telah menternak ayam sejak generasi dari datuknya, kemudan diikuti bapanya melabur dalam ladang itu. Bagaimanapun, usahanya gagal dan bapanya jatuh sakiit lalu meninggal dunia.
Tidak pernah terdetik dalam fikiran untuk mengikuti jejak langkah bapanya akan tetapi dia sedaya upaya cuba mengambil alih tugas setelah kematian bapanya. Fang Liyan meninggalkan kerjaya sebagai tentera tahun lalu.
Fang Liyan bernasib baik kerana isterinya Gu Yuling tidak berasa malu dan terasa kotor apabila menguruskan banyak ternakan ayam malah menikmatinya.
Mereka adalah kenalan lama dan bersekolah di sekolah menengah yang sama, tetapi mereka hanya bertemu setelah berada di tahun ketiga sekolah menengah mereka.
Mereka berkahwin 6 tahun lalu dan menjadi pasangan ternakan ayam bersama. Mereka mengetuai pasukan hampir 30 penternak ayam.
Fang Liyan berkata bahawa ramai daripada mereka adalah pekerja lama yang bekerja keas bersama ayahnya . Kini, pasukan-pasukan lama ini turut mengajak anak-anak mereka menternak ayam bersama-sama.
Terdapat lebih daripada 30 ladang ayam. Fang Liyan berkata beberapa ladang bekerjasama dengan pemilik tanah.
Gu Yuling berkata pada mulanya, dia merasakan bahawa menternak ayam adalah masa yang terhad dan sangat tidak terkawal, tetapi kini dia secara beransur-ansur menikmatinya.
Kunci resepi kejayaannya, teruskan berusaha mengikut apa yang kita mahu dan jika sudah melakukan satu usaha, pastikan ia menjadi usaha yang berbaloi-baloi untuk dinikmati. Disamping itu, saling memberi sokongan kuat kepada pasangan kita untuk sama-sama bekerja keras dalam menjayakan usaha yang sedang dikerjakan hari ini untuk kejayaan akan datang.
Kisah pasangan Fang Liyan dan Gu Yuling ini boleh kita jadikan contoh tauladan di dalam hidup kita. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.
Tidak salah untuk kita mencuba benda yang baru. Kerana selalunya benda yang baru itu lebih menyeronokkan dari sesuatu yang selalu kita lakukan sebelum ini.
Yang paling penting di dalam hidup ini adalah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Tidak kisahlah anda berada di kampung atau bandar, jika anda berusaha pasti anda akan berjaya.
Baca Juga: Jual Siput Gondang Mampu Jana Pendapatan sangat lumayan RM4,000 Sebulan
Sumber : Ammar