Tiktoker suara kelaut tapi rakam lagu, jadi bahan gelak raih ‘views’?

0

Suara kelaut tapi rakam lagu, netizen kesian TikToker jadi bahan gelak raih ‘views’?

Pengguna Tiktok pasti tahu beberapa senarai nama TikToker atau influencer yang aktif di medium tersebut. Ada antaranya memang mempunyai bakat tersendiri yang boleh menghiburkan orang ramai dan ada juga yang sekadar menunjukan tingkah ‘aneh’ di video-video untuk menjadi bahan gelak netizen.

Ada yang berpeluang rakam lagu

Siapa sangka, disebalik video viral yang mereka kongsikan, ada yang memdapat peluang dari syarikat rakaman untuk merakamkan lagu.

Kesian tengok dia dibahan

Susulan daripada itu, satu akaun TikTok menggunakan nama @arfieysyafme telah berkongsi luahan yang dirasakan selepas menonton video lagu yang diyanyikan TikToker tersebut bersama dua lagi nama artis di bawah syarikat rakaman tersebut.

Dia mengakui berasa kasihan melihat TikToker itu teruk ‘dibahan’ oleh netizen di ruangan komen walaupun sedar wanita terbabit dibayar dengan harga yang tinggi walaupun menerima pelbagai komen negatif.

Dia tak sedar ke dia kena menganjing je sebenarnya?

Perkongsian tersebut turut mendapat sokongan daripada warganet lain kerana mewakili apa yang mereka rasa sebelum ini.

Walaupun tahu yang TikToker terbabit menyukai apa yang dilakukan, namun kesan daripada itu pastinya akan menghadirkan satu perasaan malu yang berpanjangan bukan hanya kepada wanita itu sahaja, tetapi kepada ahli keluarganya juga.

Setakat ini, MV lagu yang dirakam TikToker berkenaan telah ditonton lebih dari 200,000 viewers di saluran YouTube syarikat rakaman terbabit sejak ia mulai dimuat naik pada 3 Ogos yang lalu.

 

Sumber dan rujukan

TikTok @arfieysyafme, YouTube VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *