Ustad Ebit Lew buat trend tiktok ‘Sikok Bagi Duo’…

Terjebak ikut trend TikTok ‘Sikok Bagi Duo’, netizen puji Ebit Lew comel

Pengguna aplikasi TikTok pasti tahu dengan lagu-lagu baru yang kerap digunakan oleh TikToker serta tarian yang mereka lakukan.

Buat masa ini, tarian dan lagu dari satu daerah di Indonesia telah tular serta menjadi ikutan ramai. Lagu ‘Sikok Bagi Duo’ dan trend tariannya telah menjadi ikutan ramai.

Ikut trend TikTok

Antara yang ‘terjebak’ sama untuk membuat video tersebut adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila turut berkongsi video yang dibikin menggunakan background lagu terbabit.

Pura2 tak perasan sebab dengar lagu sikok bagi duo

Seperti video-video yang dibuat oleh orang lain, intro kepada tarian yang diedit mengikut rentak lagu terbabit bermula dengan barang-barang jatuh sebelum ada yang menyapa kemudian individu tersebut pura-pura tidak perasan kerana mendengar lagu ‘sikok bagi duo’.

Ustaz join the trend

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur dengan perkongsian yang dibuat Ebit Lew. Mereka juga memuji pendakwah tersebut kerana terlihat ‘comel’ memandangkan menari mengikut trend anak muda di TikTok.

Ada juga di antara mereka seperti biasa mendoakan pendakwah bebas ini supaya terus diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki supaya mampu membantu lebih ramai orang diluar sana.

Sumber dan rujukan

TikTok @ebitlew VIA OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.