Ustaz Ebit Lew Begitu Sibuk Menghulurkan Bantuan Sepanjang Tahun Ustaz Ebit Lew Ambil Masa Bercuti Dengan Isteri

Posted on

Ustaz Ebit Lew Begitu Sibuk Menghulurkan Bantuan Sepanjang Tahun Ustaz Ebit Lew Ambil Masa Bercuti Dengan Isteri

Umum sedia maklum bahawa sepanjang tahun ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew begitu sibuk menghulurkan bantuan ke seluruh pelosok negara bersama Pertubuhan Kasih Umat.

Lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda negara, Ebit Lew menyalurkan sumbangan kepada semua lapis masyarakat sehinggakan bantuan buat Zoo Negara juga diberikan.

Rehat sebentar bersama bidadari tercinta

Pastinya beliau berasa keletihan kesana-kesini walaupun apa yang dilakukan selama ini sangat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Jadi, menerusi media sosial Ebit Lew, beliau telah berkongsi momen bercuti bersama isteri tercinta bagi berehat sebentar dan menghabiskan masa bersama ahli keluarga di Langkawi

Tenang berada disisi isteri

Menerusi kapsyen yang ditulis, beliau berasa tenang berada disisi isteri dan begitu merindui momen bersama di Langkawi lebih-lebih lagi tahun 2020 yang penuh dengan ujian sudah hampir dipenghujungnya.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut memaklumkan isterinyaitu berasa kasihan melihat dirinya yang sering keletihan.

Walau bagaimanapun Ebit Lew mengakui berasa semua keletihannya hilang apabila dapat bersama isteri dan menyatakan bahawa nikmat terindah di dunia ini ialah isteri yang solehah.

Santuni isteri mengikut sunnah

Perkongsian yang sangat romantik itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mendoakan perkahwinan Ebit Lew dan isteri terus bahagia dan dirahmati Allah S.W.T.

Mereka juga berharap supaya segala urusan keluarga beliau dipermudahkan di dunia dan akhirat.

Sebagai contoh buat semua

Semoga keluarga ustaz terus dilindungi Allah

Anda dah baca? Apa pula pendapat anda? Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *