(Video)“Kalau dah tahu harga telur tinggi, kurangkan sikit makan telur.” – Pengarah KPDNHEP Melaka

“Kalau dah tahu harga telur tinggi, kurangkan sikit makan telur..”

Dalam menghadapi peningkatan inflasi melanda negara, hampir semua pihak terkesan dengan kenaikan harga barang termasuk pembekal, peruncit dan pengguna terutama bagi golongan B40 dan M40.

Justeru, pihak atasan digesa mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukan memberikan kenyataan yang lebih mengundang kemarahan rakyat seperti dihadapi oleh seorang ‘pengarah’ ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar dikritik hebat apabila mengulas harga telur ayam selepas membuat pemantauan di sebuah pasar di Melaka semalam.

KLIK UNTUK VIDEONYA

Menerusi tinjauan di media sosial, video kenyataannya menjadi tular dalam kalangan warganet yang meminta rakyat bagi memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di pelbagai peringkat.

“Kalau boleh kita sebagai pengguna kan. Kalau kita dah tahu harga telur tinggi. Kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau seminggu kita makan lebih kurang 20 biji. Kita kurangkan jadi 10-15 biji. Tak ada masalah! Itu adalah cara, gaya hidup kita,” kata Norena.

Berikutan itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kenyataan Norena yang disifatkan tidak masuk akal, seolah-olah sekadar ‘bercakap’ sahaja.

Segelintir netizen berpendapat bahawa telur adalah sumber protein yang paling mampu didapati oleh orang ramai, jadi mengapa perlu mengurangkan pengambilan makanan berkenaan.

Telur pun dah habis murah. Dah tu nak makan apa lagi?

Buat malu orang Melaka je

Kenyataan macam ni tak patut keluar dari seorang pengarah

Sumber: Facebook Zaini II , Twitter @HermyRahim Via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.