Walaupun Kehidupannya Serba Kekurangan , Namun Kaya Di Sisi Allah Subhana wa’ taala

Posted on

Walaupun Kehidupannya Serba Kekurangan , Namun Kaya Di Sisi Allah Subhana wa’ taala

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana oleh kerajaan malaysia kerana tularnya covid-19 menjejaskan pendapatan isi rumah di seluruh negeri yang ada di malaysia dan bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain juga. Sebahagian daripada masyarakat malaysia hidup dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang .

Walaupun dihimpit kesusahan, golongan ini tidak sedikit pun diabaikan malah sentiasa dibantu pelbagai pihak dan sukarelawan dari semasa ke semasa. Baru-baru ini, sukarelawan Thirdforce berkesempatan mengunjungi seorang warga emas yang tinggal di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan yang hidup sebatang kara dan serba kekurangan.

Warga emas yang mesra disapa Tok Ayah Awang itu tinggal seorang diri dalam sebuah pondok yang serba daif. Malah, kediaman Tok Ayah hanya berlantaikan tanah sahaja sementara dapur untuk memasak cuma menggunakan kayu dan arang sahaja.

Namun, apa yang menyentuh hati adalah wajah tenang Tok Ayah yang sentiasa dengan senyuman seolah-olah dia begitu bahagia mejalani kehidupan walaupun serba kekurangan.

Di satu penjuru rumahnya dapat dilihat beberapa kitab agama tersusun rapi yang diletakkan berhampiran ruangan solat bersama satu sejadah usang.

Melihata raut wajah lelaki tua ini, nampak tenang dan bahagia menjalani sisa-sisa hidupnya dengan diisi dengan ilmu dan ibadah, telah menyentuh hati ramai.

Golongan warga emas seperti Tok Ayah hanya mampu mengharapkan bantuan tiba, dengan tiada sumber komunikasi mereka sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan maklumat berkenaan dana yang disalurkan.

 

Sumber : Facebook

Anda da baca , jangan lupa share&like yer . Terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *