Penyakit Was-Was Dalam Solat
Was-was ketika hendak bertakbiratul ihram adalah mainan syaitan.
Ia menunjukkan kurangnya kecerdasan akal dan pemahaman agama seseorang itu.
Sunat bagi orang yang terkena was-was itu mengucapkan:
لَا إلَهَ إِلَّا اللَّه
Tiada Tuhan melainkan Allah
Boleh juga dia membaca:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَيْطَانِ الْوَسْوَسَةِ خَنزَبْ
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang mewas-was bernama Khanzab.
Sayyidi al-Imam Abu al-Hasan asy-Syazili mengajarkan sahabat-sahabatnya agar terhindar daripada was-was syaitan dengan katanya:
Sesiapa yang merasai perkara itu (was-was syaitan), maka letaklah tangannya yang kanan ke atas dadanya dan membaca:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْخَلاَّقِ الفَعَّالِ
Maha Suci Allah, Raja yang Menguasai, Yang Suci, Yang Menjadikan, Yang Membuat
(Sebanyak 7 kali)
Kemudian membaca:
Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan menggantikan kamu dengan makhluk yang baru. Dan yang demikian itu sekali-kali tidak susah bagi Allah.
— Surah Ibrahim 14: 19-20
Sebahagian ulama menyarankan agar membaca surah An-Nas ketika ingin memulakan solat
Katakanlah (wahai Muhammad):
Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia